Text Size

Piagam Pelanggan

Pelanggan kami terdiri daripada warga FELDA (generasi pertama, kedua, ketiga), agensi-agensi di bawah FELDA, agensi-agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri terutamanya YAB. Perdana Menteri dan YAB. Timbalan Perdana Menteri.

Iltizam kami adalah untuk memberikan yang terbaik:-

  • Memberikan input terkini dengan tepat, betul dan pantas kepada YAB. Perdana Menteri dan YAB. Timbalan Perdana Menteri atau pegawai mereka dalam masa kurang daripada 24 jam selepas berlaku peristiwa penting dalam kawasan FELDA.
  • Menyediakan bahan-bahan maklumat yang bermutu dan laporan maklum balas yang tepat, semasa dan sahih dalam masa 24 jam selepas berlaku sesuatu peristiwa penting dalam kawasan FELDA kepada pelbagai agensi yang berkaitan.
  • Memberikan khidmat nasihat dan cadangan balas kepada warga FELDA serta membantu agensi-agensi awam yang berkaitan supaya keperluan pelanggan dapat dipenuhi dengan berkesan dalam masa 3 hari selepas aduan dibuat.
  • Memberi taklimat, ceramah dan input kepada pelanggan dalam masa seminggu ke 317 rancangan FELDA tentang isu semasa yang berlaku khususnya kepada pemimpim peneroka dan penerokawati.
  • Memberi khidmat sokongan yang berkualiti kepada warga FELDA dalam pelbagai aspek dengan kaedah komunikasi terkini.