IKTIRAFAnugerah Belia FELDA Malaysia

ANUGERAH BELIA FELDA MALAYSIA
(PIALA PERDANA BELIA FELDA MALAYSIA)

pialaabfm

PENGENALAN

Anugerah Belia FELDA Malaysia (ABFM) dianjurkan oleh Seranta (FELDA) Jabatan Perdana Menteri dan FELDA dengan kerjasama Majlis Belia FELDA Malaysia. Anugerah Belia FELDA Malaysia (ABFM) ini telah bermula pada 2006 sehingga kini.

Pada tahun 2009 Anugerah Belia FELDA Malaysia telah menamakan piala ABFM yang baru sebagai Piala Perdana Belia FELDA Malaysia. Bagaimanapun, bermula pada tahun 2012 penganugerah ini dilaksanakan secara dwi tahunan bagi memastikan penilaian terhadap penerima anugerah diperkasakan dan dipertingkatkan kualitinya.

Anugerah Piala Perdana Belia FELDA Malaysia merupakan satu penghargaan dan pengiktirafan kepada pencapaian belia FELDA samada invidivu atau organisasi dalam pembentukan serta pembangunan generasi baru yang mampu mendokong Aprirasi FELDA Glokal. Anugerah Belia FELDA Malaysia dibahagikan kepada 3 kategori iaitu Kategori Persatuan Kategori Individu dan Kategori Anugerah Khas antaranya adalah ;


Penyertaan Anugerah Belia FELDA Malaysia (ABFM) 2017 telah dibuka

Borang Penyertaan Anugerah Belia FELDA Malaysia 2017

Garis Panduan Anugerah Belia FELDA Malaysia 2017

Untuk maklumat lanjut juga, boleh hubungi Pengerusi Majlis Belia FELDA Malaysia (MBFM) cawangan masing-masing. Tarikh tutup penyertaan akan diberitahu kelak.

 

Kategori Persatuan

  1. Persatuan Belia Cemerlang FELDA Malaysia (JOHAN)
  2. Persatuan Belia Cemerlang FELDA Malaysia (NAIB JOHAN)
  3. Persatuan Belia Cemerlang FELDA Malaysia (KE TIGA)
  4. Persatuan Terbaik Pentadbiran
  5. Persatuan Terbaik Pendidikan
  6. Persatuan Terbaik Pembangunan Ekonomi
  7. Persatuan Terbaik Kerohanian
  8. Persatuan Terbaik Khidmat Komuniti
  9. Persatuan Terbaik Sukan
  10. Persatuan Terbaik Kebudayaan
  11. Persatuan Terbaik Kreativiti dan Inovasi

Kategori Individu

  1. Anugerah Kepimpinan Terbilang Belia FELDA Malaysia
  2. Anugerah Kepimpinan Terbilang Beliawanis FELDA Malaysia
  3. Anugerah Usahawan Agropreneur Belia FELDA Malaysia
  4. Anugerah Usahawan Jaya Belia FELDA Malaysia
  5. Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Belia FELDA Malaysia
  6. Anugerah Pencapaian Sukan Belia FELDA Malaysia
  7. Anugerah Pencapaian Kesenian Belia FELDA Malaysia
  8. Anugerah Personaliti Istimewa Belia FELDA Malaysia
  9. Tokoh Harapan Generasi Baharu FELDA

Anugerah Khas ABFM

  1. Anugerah Khas ABFM; Majlis Belia FELDA Wilayah Terbaik
  2. Anugerah Mercu Wangsa

OBJEKTIF

  1. Memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada pencapaian warga belia FELDA dalam segenap bidang dan lapangan.
  2. Merupakan komitmen Kerajaan untuk melonjak gandakan kemampuan dan kecemerlangan warga belia FELDA.
  3. Menggalakkan warga belia FELDA untuk bergiat aktif dan bersama-sama masyarakat FELDA yang lain, membangunkan tanah rancangan FELDA dalam semua aspek secara menyeluruh.
  4. Menyediakan pewaris 50 tahun ke-2 FELDA yang bersedia, bersemangat dan berakhlak mulia.
  5. Membina belia FELDA berciri glokal yang mampu mendokong Aspirasi FELDA Glokal.
  6. Menjana golongan masyarakat FELDA terhadap kerja-kerja pembangunan generasi baru di wilayah FELDA masing-masing.

TEMA ANUGERAH BELIA FELDA MALAYSIA (PIALA PERDANA BELIA FELDA MALAYSIA)

2006 Belia FELDA Glokal Berminda Terbilang
2007 Mengangkasa Minda Meneroka FELDA
2008 Mengiktiraf Belia Memperkasa Bangsa
2009 Mengiktiraf Belia Memperkasa Bangsa
2011/2012       Mendaya Belia Melestari Perjuangan
2013/2014 Meneroka Potensi Mendaya Pembangunan Bangsa
Text Size
[ Reset Settings ]