IKTIRAFPengenalan

  1. Ikatan Hati Warga FELDA (IKTIRAF) merupakan akronim cetusan YAB. Dato’ Sri Mohd Najib Tun Hj. Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia yang juga menteri bertanggunjawab tentang hal ehwal FELDA untuk menterjemahkan hasrat dan gagasan ke arah mencapai objektif Aspirasi FELDA Glokal.
  2. IKTIRAF dirancang untuk memacu usaha hati dan kesepakatan tindakan kepada komuniti warga FELDA. Impian ini selaras dengan konsep ‘ 1 Malaysia. Rakyat Didahulukan. Pencapaian Diutamakan. ‘
  3. IKTIRAF (mengiktiraf) membawa maksud ‘menerima atau mengakui’ atau mengakui serta memberikan atau menunjukkan penghargaan’ – Kamus Dewan, Edisi 4, 2007. Ikatan Hati Warga FELDA (IKTIRAF) pula memaksudkan agar kesepakatan dan penyatuan dalam kalangan warga FELDA dicapai melalui setiap program yang dilaksanakan.
  4. IKTIRAF dilihat sebagai radas penyatuan dan wadah penyelarasan bagi melaksanakan program-program pembangunan sosio-ekonomi-politik melibatkan seluruh warga FELDA (komuniti sasaran), FELDA (pelaksana sosio-ekonomi) dan Seranta (FELDA) Jabatan Perdana Menteri (penghubung & penggerak sosio-politik)
Text Size
[ Reset Settings ]