IKTIRAF Permuafakatan Siswa / Siswi FELDA

Permuafakatan Siswa / Siswi FELDA (PERSADA)

PENGENALAN

Permuafakatan Siswa Siswi FELDA atau ringkasnya PERSADA adalah sebuah pertubuhan gabungan siwa siswi yang dibarisi oleh anak-anak FELDA dari 20 IPTA/IPTS. PERSADA merupakan program yang digerakkan oleh Seranta (FELDA), Jabatan Perdana Menteri dan FELDA dengan kerjasama Majlis Belia FELDA Malaysia (MBFM), bagi memenuhi aspirasi YAB. Dato’ Sri Mohd Najib Tun Hj. Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia selaku menteri yang bertanggung jawab dalam hal ehwal FELDA.

Secara dasarnya, PERSADA diwujudkan adalah untuk melahirkan mahasiswa/mahasiswi FELDA yang memiliki kualiti sahsiah yang tinggi, berketerampilan, bertanggungjawab dan pintar bermasyarakat untuk bersama masyarakat FELDA di tanah rancangan membangunkan FELDA.

Penubuhan PERSADA adalah untuk melahirkan generasi belia FELDA yang berestetika, autentik, berdaya saing, berjati diri serta mempunyai nilai apresiasi yang tinggi. Disamping menggalakkan ahli PERSADA terbabit secara aktif dengan aktiviti positif serta bersama membantu menjayakan aspirasi IPTA/IPTS.

Permuafakatan Siswa / Siswi FELDA (PERSADA) di 20 IPTA ialah;

  1. Universiti Malaysia Perlis, Perlis.
  2. Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok, Kedah
  3. Universiti Sains Malaysia (USM), Minden, Pulau Pinang
  4. Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim, Perak.
  5. Universiti Malaya (UM), Kuala Lumpur.
  6. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi, Selangor.
  7. Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Kuala Lumpur.
  8. Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang, Selangor.
  9. Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Gombak, Kuala Lumpur.
  10. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Negeri Sembilan.
  11. Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam, Selangor.
  12. Universiti Tun Hussein Onn (UTHM), Batu Pahat, Johor.
  13. Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, Johor.
  14. Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Ayer Keroh, Melaka.
  15. Universiti Malaysia Pahang (UMP), Pahang.
  16. Universiti Darul Iman (UDM), Terengganu.
  17. Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Terengganu.
  18. Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Bachok, Kelantan.
  19. Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Sarawak.
  20. Universiti Malaysia Sabah (UMS), Sabah.

OBJEKTIF

Program ini diharap akan mencapai objektif berikut;

  1. Membentuk dan melahirkan mahasiswa dan mahasiswi yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek yang dapat menguasai keharmonian;
  2. Melahirkan mahasiswa dan mahasiswi yang boleh menggarap penyatuan jiwa sepanjang hayat melalui aktiviti sosial masyarakat dalam siri kembara ini;
  3. Mengeratkan hubungan antara mahasiswa dan mahasiswi setempat dengan pemimpin melalui aturcara yang santai tetapi bermanfaat dan infotaiment;
  4. Menyediakan zon natural agar dapat memupuk semangat kerjasama antara mahasiswa dan mahasiswi yang pelbagai fahaman;
  5. Meningkatkan semangat mahasiswa dan mahasiswi agar berdaya kreatif dan berdaya saing;
  6. Memberi peluang interaksi mahasiswa dan mahasiswi setempat bersama aktivis/pemimpin/tokoh.
Text Size
[ Reset Settings ]