SAHABAT SERANTA

gaprof

 

PENGENALAN

Sahabat Seranta adalah wadah penyatuan bagi seluruh Generasi FELDA yang merupakan rakan akrab Seranta (FELDA) Jabatan Perdana Menteri.
Pelbagai program dan aktiviti yang dilaksanakan oleh Pejabat Seranta akan dimaklumkan menerusi laman web seranta dan Sahabat Seranta akan menerima pesanan ringkas (sms) daripada urus setia memaklumkan program atau aktiviti yang akan dianjurkan. Sahabat Seranta berpeluang untuk mengikuti setiap program/aktiviti/kursus/seminar yang dianjurkan. Selain itu, sahabat seranta berpeluang untuk menjadi penceramah/mentor atau peserta dalam setiap program/aktiviti yang dianjurkan.

Keistimewaan Sahabat Seranta ialah dapat membina dan menjalinkan hubungan komunikasi dalam rangkaian ini. Kini berjumlah lebih 50 ribu orang di seluruh Malaysia. Umumnya Sahabat Seranta adalah daripada seluruh generasi FELDA (dalam dan luar negara) yang antaranya terdiri daripada :

Warga FELDA
Warga FELDA Global Ventures (FGV)
Warga Yayasan FELDA
Warga Unit Kawal Selia FELDA
Warga Seranta (FELDA) JPM
Gabungan Pergerakan Wanita FELDA (GPW)
Majlis Belia FELDA Malaysia (MBFM)
Gabungan Pemikir Profesional FELDA (GAPROF)
Permuafakatan Siswa/i FELDA (PERSADA)
Alumni Sekolah-sekolah FELDA
Jawatankuasa Masjid-masjid FELDA
Kami Anak FELDA (KAF)
Seluruh Generasi FELDA Profesional / Separa Profesional
Suara Anak Muda FELDA (FELDA Voice)
Rakan-rakan Media

Sahabat Seranta juga adalah sebagai pemangkin kepada komuniti FELDA seluruh warga dalam membantu dan memperkemaskan pembangunan komuniti FELDA ke arah menjadikan komuniti FELDA sebagai komuniti contoh luar bandar dalam pelbagai pencapaian.

Text Size
[ Reset Settings ]