Apakah maksud ‘Seranta’?

Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat : pegawai-pegawai yg tugasnya mewujudkan dan memelihara hubungan baik antara organisasi (institusi dsb) yg dianggotainya dgn orang ramai serta meningkatkan dan memelihara imej organisasi (institusi dsb) yg berkenaan (dgn menyebarkan maklumat dll); penulis ~ penulis yg memberitahukan (hal-hal yg tertentu spt iklan dll) kpd orang ramai; menyerantakan memberitahukan kpd kha­layak ramai, memaklumkan, meng­umumkan.

Bilakah Seranta (FELDA), JPM ditubuhkan ?

Unit Seranta (FELDA) telah ditubuhkan pada bulan Mei 1981 iaitu kira-kira 36 tahun yang lalu. Pada peringkat awal penubuhannya, Unit Seranta (FELDA) telah diletakkan di bawah Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi. Berikutan dengan penstrukturan semula kementerian-kementerian pada 27 Mac 2004, Unit Seranta (FELDA) telah dipindahkan ke Jabatan Perdana Menteri apabila FELDA diletakkan di bawah tanggungjawab YAB. Perdana Menteri bermula pada bulan Jun 2004 sehingga kini.

Di manakah letaknya Pejabat Seranta (FELDA) JPM?

Pejabat Seranta (FELDA) terletak di Aras 2 Blok Barat, Bangunan Perdana Putra, Pusat Pentadbiran Kerajaan, 62502 Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Adakah setiap rancangan FELDA mempunyai Pegawai Seranta?

Ya. Sila rujuk Direktori Pegawai

Apakah fungsi dan tugas Seranta (FELDA), JPM?

  • Menjelaskan semua dasar-dasar Kerajaan yang akan dilaksanakan, sedang dilaksanakan dan telah dilaksanakan oleh Kerajaan kepada kumpulan sasar yang terlibat
  • Memenangi hati dan pemikiran kumpulan sasar dan seterusnya mengekalkan sokongan mereka terhadap usaha-usaha Kerajaan di dalam meningkatkan taraf hidup khususnya warga peneroka FELDA dan masyarakat yang mempunyai hubungan dengannya.
  • Mengenalpasti, menyesuaikan dan melaksanakan tindakan-tindakan yang wajar akibat daripada pelaksanaan dasar-dasar Kerajaan dengan kerjasama agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri dan agensi lain yang berkaitan khususnya FELDA.
  • Mendapatkan maklumat mengenai perkembangan sosiopolitik dan ekonomi di rancangan-rancangan FELDA dan memproses maklumat berkenaan untuk dijadikan asas tindakan seterusnya
  • Menyebar dan memberikan maklumat serta menjelaskan isu-isu semasa kepada warga peneroka FELDA serta masyarakat berkaitan dalam pelbagai bentuk media seperti media cetak, media elektronik atau bersemuka.
  • Mengadakan seminar, dialog, lawatan sambil belajar, forum, ceramah, pameran dan aktiviti lain yang sesuai kepada kumpulan sasar serta menjadi penyelaras kepada kursus-kursus yang dianjurkan.
  • Memantau keberkesanan pelaksanaan program FELDA program FELDA serta memberikan input dan cadangan kepada YAB. Timbalan Perdana Menteri bagi menangani isu-isu khusus yang berbangkit mengenai warga peneroka FELDA.
  • Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa serta mengemukakan laporan kepada pucuk pimpinan Negara yang meliputi perkembangan terkini secara umum mengenai politik, ekonomi dan sosial bagi kawasan di bawah pengawasan Unit Seranta.

Jika maklumat ini tidak mencukupi, sila hubungi :-

Bahagian/unit : Seksyen Komunikasi Korporat / Perhubungan Awam
No. Telefon : 03-8872 4410/13
E-mel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Text Size
[ Reset Settings ]