PROGRAM JABATANTahun 2018

Tanjung Malim, 5 Mac – Seramai 115 warga peneroka Felda Gunung Besout 2 mengucapkan ribuan terima kasih kepada kerajaan negeri dan FELDA kerana telah menerima hak milik tanah.

Majlis penyerahan hak milik telah disempurnakan oleh Menteri Besar Perak, YAB Datuk Seri Diraja Dr. Zambry Abd. Kadir. Menurut beliau, kerajaan negeri sentiasa memberikan komitmen turun padang berjumpa dengan masyarakat Felda, ini direalisasikan melalui program-program yang telah disusun oleh kerajaan negeri.

Tambah beliau, walaupun ada pihak tertentu sekali sekala datang masuk ke Felda untuk membakar semangat kebencian di kalangan peneroka namun akhirnya masyarakat Felda tahu sumbangan dan jasa kerajaan terhadap mereka. Sementara itu, Ketua Seranta Felda JPM Negeri Perak, Puan Salina Shamsudin berkata, sokongan masyarakat Felda kepada kerajaan tetap utuh dan teguh.

Penyerahan hak milik telah diadakan di dewan Dewan Semai Bakti Felda Gunung Besout 2. Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Slim merangkap Ahli Lembaga Felda, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib; Pengerusi Jawatankuasa Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Rusnah Kassim serta Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam, Integrasi Nasional dan Kampung Baharu Negeri, Datuk Dr Mah Hang Soon serta kepimpinan Felda.


#SerantaFelda
#BersamaMerealisasiTransformasi
Facebook Seranta FELDA Jabatan Perdana Menteri

Program Jabatan

Text Size
[ Reset Settings ]