PROGRAM JABATANTahun 2018

Hulu Terengganu, 6 Mac - YBhg. Datuk Ab. Razak bin Endut, Ketua Seranta Felda JPM Negeri Terengganu telah merasmikan program Khalifah Wilayah Terengganu dan Mesyuarat Agung PIBG SK LKTP Bukit Bading, Terengganu.

“Ibu dan bapa perlu berperanan dalam memastikan anak-anak memberikan tumpuan kepada pelajaran di sekolah dan sentiasa berinteraksi dengan guru-guru melalui PIBG sekolah,”ujurnya ketika ucapan perasmian.

Sementara itu, Guru Besar SK LKTP Bukit Bading, En. Ezani bin Mohd Yusuf berkata, pihak sekolah sentiasa berusaha untuk memberikan yang terbaik kepada pelajar-pelajar. Beliau juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Seranta FELDA JPM Negeri Terengganu kerana memilih sekolah ini untuk mengadakan program khalifah.

Program ini memberi manfaat kepada Ibu bapa yang hadir untuk mengikuti sesi motivasi bersama YBhg. Ustaz Mokhtar bin Yaakob, Pegawai Agama Wilayah Gua Musang, Kelantan. Dianggarkan seramai 321 orang Ibu bapa dan guru-guru yang hadir.


#SerantaFelda
#BersamaMerealisasiTransformasi
Facebook Seranta FELDA Jabatan Perdana Menteri

Program Jabatan

Text Size
[ Reset Settings ]