PROGRAM JABATANTahun 2018

Hulu Selangor, 07 Mac – Timbalan Pengarah Kanan Seranta FELDA JPM, Kapten (B) Haji Rosdin bin Hj. Abbas telah menyertai lawatan tapak dan penerangan insentif tanam semula yang diketuai oleh Pengerusi Felda, YB Tan Sri Shahrir Abdul Samad di Felda Soeharto.

Sebanyak 1,901 hektar kawasan di Felda Soeharto telah terlibat dalam program tanam semula secara berperingkat yang melibatkan 502 peneroka. Felda Soeharto merupakan rancangan pertama yang dipilih bagi menerima insentif tanam semula.

Menurut Pengerusi FELDA, YB Tan Sri Shahrir Abul Samad, peneroka yang terlibat tanam semula ini akan mendapat manfaat daripada bajet 2018 yang telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri pada Oktober tahun lalu. Di mana, setiap peneroka yang bersama Felda layak menerima geran tanam semula MPOB bernilai RM7,500 setiap hektar dan pengumuman ini akan memberi manfaat kepada peneroka.

Dalam program lawatan tapak ini, Pengerusi FELDA turut berpeluang melihat proses kawalan ulat pemakan daun yang melanda tanah rancangan Felda. Kemudian, beliau dibawa untuk melihat proses pembersihan kebun sawit bagi memberi ruang proses penanaman semula pokok.

Turut hadir juga Pengarah Besar FELDA, YBhg. Dato’ Ab. Ghani bin Mohd Ali; Pengerusi FTP, YBhg. Dato’ Dzulkifli bin Abdul Wahab; CEO FTP, En. Md Salleh bin Awang; Pengarah Bahagian Penyelidikan Integrasi dan Pengembangan MPOB, Dr. Ramle bin Muslim; RGM Wilayah Trolak, En. Mohd Haidir bin Moin; RGM FTP Wilayah Trolak, En Nazar dan masyarakat setempat.


#SerantaFelda
#BersamaMerealisasiTransformasi
Facebook Seranta FELDA Jabatan Perdana Menteri

Program Jabatan

Text Size
[ Reset Settings ]