PROGRAM JABATANTahun 2018

Dungun, 9 Mac - Program Transformasi Belia FELDA 2.0 telah diadakan di Dewan Sivik Felda Jerangau, Dungun, Terengganu. Program ini memberikan ruang dan peluang kepada belia Felda untuk memanfaatkan tawaran yang akan disediakan di tanah rancangan Felda.

Program telah dirasmikan oleh ADUN Bukit Besi, YB Haji Roslee bin Daud. Beliau menyarankan kepada belia-belia Felda supaya menceburkan diri dalam bidang perniagaan dan mengambil peluang yang telah ditawarkan oleh pihak Felda. Beliau juga sedia membantu masyarakat Felda yang ingin memulakan perniagaan dengan bantuan dan kerjasama daripada Yayasan Pembangunan Usahawan. Tambahannya, masyarakat Felda harus yakin dengan kemampuan kerajaan yang sedia ada untuk memastikan masyarakat Felda menjadi keutamaan dalam pembangunan Negara.

Pengurus Besar Wilayah, En. Mohd Saidee bin Salleh turut memberikan taklimat mengenai projek Felda 2.0 dan menggesa masyarakat Felda supaya mencari kelebihan di setiap tanah rancangan Felda yang boleh dibangunkan dan dimajukan jika ingin Felda ini menjadi lokasi cadangan bagi projek lembah digital Felda 2.0.

Turut diadakan juga pertandingan mewarna bagi kanak-kanak dari tadika kemas Felda Jerangau. Hadir sama, Ketua Seranta Negeri Terengganu,YBhg. Datuk Razak bin Endut; Pengulu Mukim Jerangau, En. Ghaffar bin Ibrahim; Pengurus Rancangan, Tuan Haji Mohd Aslam bin Jahangir; Ketua Peneroka, Tuan Haji Ab. Razet bin Nordin dan Pegawai GPW, Puan Masuri bt. Abd. Ghani.


#SerantaFelda
#BersamaMerealisasiTransformasi
Facebook Seranta FELDA Jabatan Perdana Menteri

Program Jabatan

Text Size
[ Reset Settings ]