PROGRAM JABATANTahun 2018

Kursus Protokol & Etiket Sosial

kursusprotokol

Kursus Protokol dan Etiket Sosial telah diadakan di Dewan Teater, Blok Timur Bangunaan Perdana Putra, Putrajaya. Penceramah dari Jendela IImu Solutions iaitu Puan Rahimah Yeop, Pengarah Pembelajaran dan Pembangunaan telah menyampaikan ceramah kepada lebih kurang 170 orang Pegawai Seranta (FELDA) JPM. Beliau berpengalaman luas dalam pengendalian majlis serta meraikan tetamu dari dalam dan luar negara. Pengalaman beliau dalam mengurus tadbir aspek-aspek protokol telah dikongsikan bersama para Pegawai. Kursus ini telah berlangsung sebanyak 2 sesi iaitu sesi pertama pada 30 September dan 1 Oktober 2015 manakala sesi kedua pada 12 dan 13 oktober 2015.

Seminar Kepimpinan Global

ancamansosial

22 Disember 2015 – Seranta (FELDA), Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama Universiti Putra Malaysia dan Gabungan Pemikir Profesional FELDA (GAPROF) telah mengadakan satu seminar kepimpinan bertajuk “Seminar On Global Leadership”. Ucapan perasmian telah dilakukan oleh YBhg. Dato’ Hj. Mohamad Khairudin Bin Hj. Mohamad Pengarah Seranta (FELDA) JPM merangkap Penasihat / Pengarah Sekretariat GAPROF yang bertempat di Dewan Teater Jabatan Perdana Menteri. Seminar ini telah disertai oleh pelajar peringkat Master Human Resource (Fakulti Pengajian Pendidikan seramai 33 orang pelajar tempatan, 19 orang pelajar antarabangsa dan 16 orang Pegawai Seranta.

ancamansosial

Encik Isham Jalil (Pegawai Khas Kepada YAB. Perdana Menteri) juga menyampaikan pengkongsian berkenaan Persepsi GST dan Isu Perjanjian Tran-Pasifik (TPPA) selama lebih kurang 1 jam setengah diikuti dengan 7 Pembentangan Kertas Kerja oleh pelajar berkenaan.

ancamansosial

Tajuk-tajuk perbentangan seperti berikut :

i. Best of East And West Leadership For Global Leadership
Pembentang: Nurul Nadieya Binti Thani and Tong Hui Wen

ii. Gender Equity: An Edge For Tomorrow Leadership
Pembentang: Vikneswari Krisna

iii. Gender And Leadership For The Future Leaders
Pembentang: Fatoumatta Sagnia

iv. Women Leadership In Global Stage
Pembentang: Norhidayah Binti Ramli and Adilla Binti Kadiran

v. Global Leadership: Issue And Challenge
Pembentang: Amelea Binti Hamid

vi. Leadership In Diverse And Multicultural Organization
Pembentang: Nurul Syamimi Binti Mohd Zaidi

vii. Female Leaders: Creating Competitive Edge At Global Stage
Pembentang: Zaki Bin Zakaria

ancamansosial

Program Jabatan

Text Size
[ Reset Settings ]